PETUA SUAMI ISTERI PERCUMA

Wednesday, 1 October 2014

PETUA / TIPS CARA INGIN BANGUN AWAL PAGI DAN ATASI MASALAH SUSAH BANGUN PAGI.

Ada sahabat yang bertanyakan saya mengenai perkara ini dan ketahuilah kita ada segelintir orang yang tertekan setiap hari hanyalah kerana telah terlekat tabiat SUSAH BANGUN PAGI. Oleh itu saya telah ambil inisiatif mentelaah info-info yang ada tentang tajuk kita kali ini dan tabiat buruk SUSAH BANGUN PAGI rupanya banyak berlaku hanya dikalangan golongan belia remaja, pelajar, dewasa 30-an, golongan pemalas, golongan yang hadapi tekanan hidup serta orang yang kurang sihat.
(dan juga peminum arak dan penagih dadah tegar)

Berikut adalah antara perkongsiaan yang saya rasakan sesuai untuk dikongsikan disini .
Semoga bermanfaat ! 

TIPS 1
Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; ‘Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.’
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu andaAH . Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

TIPS 1 SUMBER DARI SINI

TIPS 2

Sebelum tidur buang air siap-siap, seperti biasa lakukan apa yang patut. Kunci jam atau alarm telefon seperti biasa, dan sebagainya.

Kemudian sejurus sebelum tidur, minum air masak@air mineral@air alkali dalam kuantiti yang paling banyak yang boleh anda telan!

Maksud paling banyak ini bukan segelas atau separuh gelas, tetapi 1 hingga 2 liter mengikut kemampuan maksimum anda!

Terus baring di atas katil sambil membaca surah al-fatihah, diikuti surah-surah tiga qul, selawat, syahadah, dan doa tidur.

Kemudian terus tidur dan jangan bangun lagi.

Esok pagi pada waktu jam loceng anda berdering, anda pasti melompat dari katil terus ke tandas untuk buang air. Apa lagi, terus mandi lah!

Walaupun nampak lucu, tetapi percayalah, petua nak bangun awal ini memang berhasil.

Memang terbukti berkesan pada saya dan ramai kenalan saya sejak saya kongsikan petua nak bangun awal ini bersama rakan-rakan.
Baik yang masih belajar, mahupun yang sudah bekerja dan yang sudah pun berumahtangga, tidur lewat memang berlaku, ia normal tetapi harus dielakkan untuk kesihatan sepanjang hayat.
Dalam sesetengah keadaan, anda perlu gunakan petua nak bangun awal ini. Tapi ingat, janganlah diamalkan selalu, bimbang nanti lain pula jadinya.

Nasihat saya, gunakanlah petua nak bangun awal ini di bawah risiko dan tanggungjawab sendiri.
Jangan salahkan sesiapa sekiranya petua ini tidak berhasil atau membawa sebarang kecederaan kepada diri sendiri atau orang lain.

TIPS 2 SUMBER DARI SINI

TIPS 3

Cara untuk bangun awal | Bagaimana untuk mengatasi masalah lewat pergi kerja dan pergi ke kelas?Kat sini Fiza ada share cara untuk bangun awal.Mudah dan lebih pratical.Kalau ikut cara ni InshaAllah setiap hari bangun awal dan kehidupan seharian lebih bertenaga dan dapat manage masa dengan berkesan.Boleh refer pada image bawah ni dengan lebih jelas.
 
 
 TIPS 3 SUMBER DARI SINI




No comments:

Post a Comment