Caranya adalah
seperti berikut:
MENGHILANGKAN
PARUT JERAWAT
Mula-mula
ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini
dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh
setiap wanita.
MENGHILANGKAN
TAHI LALAT
Asalammualaikum,
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di
tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia
jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera.
Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!
BIBIR MERAH
SEMULAJADI
Petua ini saya
amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit
mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
MELEBATKAN BULU
KENING
Setiap wanita
inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan
itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit
dan sapukan dikening pada setiap malam.
KULIT MUKA LICIN
BERSERI
Ambil Yogurt Asli
kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan
beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air
bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan
kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
MENAIKKAN SERI
MUKA
Setiap kali
sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air
kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula
ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas
itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di
muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..
MENGELAK LEBAM DI
BAWAH MATA
Semasa kita
menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil
mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
MENGHILANGKAN
LEBAM BAWAH MATA
Sebelum mandi
pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga
baik untuk menyegarkan mata.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba .
No comments:
Post a Comment