Displin Senaman Harimau / Cekak Harimau
Harimau adalah sejenis binatang gagah yang dianggap sebagai raja rimba
oleh masyarakat Melayu terdahulu. Salah satu cabang senaman tenaga batin
dipanggil Senaman Harimau. Nama bagi senaman ini telah dikenali oleh
masyarakat di negeri-negeri selatan Tanah Melayu. Kemungkinan besar
bahawa nama ini diberi kepada gerakan senaman kerana ia berasal dari
penelitian kepada gerak harimau yang agak kasar dan bertenaga lalu ianya
diubahsuai mengikut daya gerak manusia lantas dijadikan senaman tenaga
batin.
Adalah dipercayai bahawa gerakan senaman
ini diketahui oleh ramai pewaris ilmu jimak di Malaysia hingga ke utara
Malaysia. Mungkin terdapat variasi caracara melakukannya
atau ia dikenali dengan nama yang lain namun begitu asas bagi gerakan
Senaman Harimau adalah sebagaimana yang akan dicatatkan.
Senaman ini adalah jenis senaman yang biasa diajarkan kepada lelaki yang
mempunyai
masalah tenaga batin.
Bagi lelaki yang normal kemampuannya gerakan-gerakan yang mudah dari
senaman ini boleh dilakukan pada pagi-pagi hari.
Bagi lelaki yang
mempunyai masalah tenaga batin yang agak gawat maka senaman ini elok
dilakukan secara intensif sehingga terasa kesembuhannya dan kemudian
bolehlah dilakukan gerakan-gerakan yang mudah saja. Seorang lelaki tua
Melayu (juga seorang pendekar) yang hidupnya mencapai usia 135 tahun
semasa hidupnya diketahui mengamalkan gerakan-gerakan senaman tenaga
batin. Mungkin ini adalah antara faktor yang mengekalkan kesuburan
beliau. Dalam usia setua itu dia mampu jimak dan isterinya hamil lalu
telahpun melahirkan anak yang sihat. Itulah kuasa Allah s.w.t. Dua orang
tua Melayu (seorang lelaki dan seorang perempuan) telah mengesahkan
gerakan Senaman Harimau ini; bahawa ianya adalah antara senaman yang
dipraktikkan oleh orang-orang tua Melayu dan ia baik bagi kesihatan tenaga
batin.
Gerakan Senaman Harimau diketahui oleh
sebilangan besar dari orang tua-tua Melayu. Tidak dapat dikesani secara
pasti siapakah yang mula-mula
sekali memperkenalkan senaman ini, Satu hal yang patut difikirkan ialah
ketuaan senaman ini. Ia diketahui oleh ramai pewaris ilmu jimak di
beberapa daerah di negeri Johor dan ia juga diketahui oleh masyarakat
Melayu negeri lain. Mereka semua bukanlah semestinya dari rumpun
keturunan yang sama. Meluasnya ia dikenali dalam masyarakat Melayu
yang menunjukkan bahawa ia adalah satu ilmu yang tua. Berkemungkinan
besar ianya berasal dari zaman Sri Vijaya atau Majapahit sebelum
kedatangan Islam ke Nusantara.
Pada masa sekarang senaman ini biasanya diajarkan oleh tabib-tabib
Melayu, tabib urut tenaga batin, pawang, bomoh serta bidan kampung. Ada
yang mendakwa bahawa senaman ini dipelajari dari masyarakat Jin. Sejauh
mana kebenaran dakwaan itu hanya Allah yang Maha Mengetahui. Walau
dari mana asalnya ia adalah jenis riadah yang berkesan bagi membina dan
menjaga kekuatan tenaga batin kaum lelaki. Pergerakannya adalah cantik
dan unik dan mengikut tatacara tertentu. Pengajaran gerakan senaman ini
akan dikenakan syarat tertentu mengikut kepada variasi disiplin senaman.
Menurut yang diajarkan kepada penulis senaman ini dilakukan di waktu
pagi hari iaitu selepas bangun tidur sebelum bersuci untuk solat subuh.
Ketika itu adalah paling baik kerana otak dan fizikal telah berehat
semalaman. Udara pagi adalah segar kerana debu-debu telah dibawa ke
tanah oleh embun. Perjalanan darah yang tersekat di kala tidur mula
diperbaiki dengan aktifnya semula otak. Di waktu ini keadaan saraf adalah
sangat kejang dan tarikan otot-otot tidak seimbang disebabkan oleh posisi
yang diambil di kala tidur. Mungkin otot-otot zakar telah tersekat
perjalanan darahnya.
Jantung dan pernafasan adalah lambat temponya di
kala tidur. Nafas yang singkat itu tidak cukup mengurut jantung dan
mengalirkan udara yang segar pada tubuh badan.
Dari sebab-sebab di atas maka Senaman Harimau mempunyai konsep
pernafasan. Nafas ditarik dengan dalam bagi mengurut jantung. Nafas
ditahani semasa senaman dilakukan agar tenaga maksima dapat disalurkan
kepada anggota-anggota tertentu yang digerakkan di dalam senaman. Nafas
dihembuskan hingga tandus apabila selesai pergerakan apabila nafas itu
membawa keluar udara-udara beracun yang terperangkap di anggota-anggota
yang digerakkan tadi.
Maka gerakan menggunakan nafas secara
maksima dengan membuang udara kotor yang terperangkap semasa tidur
dan menggantikannya dengan udara yang bersih yang akhirnya
membersihkan darah.
Keberkesanan senaman dapat dikenal pasti secara terus apabila berlakunya
sendawa atau membuang angin setelah selesai melakukan gerakan atau
aliran darah terasa lebih lancar. Daya sedar akan meningkat dan muka akan
lebih berseri. Dada akan bidang dan atas dada akan merah. Otot-otot lebih
kuat dan tenaga batin akan meningkat.
VIDEO SENAMAN CEKAK HARIMAU
Semoga Bermanfaat dan Selamat Mencuba !!
No comments:
Post a Comment